Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
Mengikut daripada riwayat sememangnya terdapat beberapa kumpulan manusia awal yang telah menduduki bumi Palestin di antaranya seperti Asyuriyah dan Akadiyah yang menduduki persisiran
Sejarah mereka telah bermula sekitar 2,000 tahun sebelum Masihi di mana Nabi Allah Ibrahim AS telah berhijrah daripada Our di Iraq merentasi sungai Furat sampai ke Aleppo, Syiria, kemudian menuju ke bumi Kan’an, seterusnya sampai ke Mesir.
Mengikut sejarah, nama Palestin diambil daripada nama sebuah kabilah iaitu ‘Palast’ yang berasal dari Pulau Krit. Dalam sejarah Islam, pertalian antara umat Islam dan tanah suci itu bermula sejak peristiwa Israk Nabi SAW, seterusnya penghantaran pasukan tentera ke negeri Syam iaitu peperangan Dumah Al-Jandal pada tahun 5 H, pasukan Muktah pada tahun 7 H dan peperangan Tabuk pada tahun 9 H, seterusnya pembukaan kota Syam pada zaman Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq AS di bawah pimpinan Amru Ibn Ash sehinggalah pembukaan kota Baitul Maqdis yang diserahkan kepada Khalifah Umar Ibn Al-Khattab AS oleh Syarafniyus Iaitu pembesar Kota Quds pada tahun 16 H.
Antara teks perjanjian yang dipersetujui antara Khalifah Umar AS dan pembesar tersebut ialah tidak dibenarkan seorang pun di kalangan yahudi menetap di
Tetapi kemudiannya, Sultan Salahuddin Al-Ayubi, seorang pemerintah daripada Kerajaan Uthmaniah yang berjiwa sufi, berjaya mengusir mereka pada tarikh 27 Rejab 583 H selepas menang dalam peperangan Hittin yang berlangsung berhampiran dengan Tasik Tabariyah pada 25 Rabiul Akhir 583 H.
Penghijrahan Yahudi, Satu Muslihat Barat.
Seterusnya berlaku pakatan yang dirancang oleh Negara Barat bertujuan melemahkan Kerajaan Uthmaniah sehingga berjaya menempatkan golongan yahudi di Palestin pada tahun 1255 H bersamaan 1839 H. Jumlah mereka pada awalnya tidak melebihi daripada 9,700 orang yang mana mereka ini ditempatkan di kawasan antara Quds, Jalil, Sofat dan Tabariyah.
Tujuan utama kedatangan mereka mengikut surat yang datang daripada Perdana Menteri Britain yang dihantar pada 11 ogos 1840 M, kononnya bertujuan untuk menggagalkan perancangan jahat yang akan dilakukan oleh Muhammad Ali atau sekutu yang mengantikannya.
Helah ini dikemukakan oleh Mariston, Pedana Menteri Britain untuk memperdaya Sultan Abdul Majid dan sebelum mereka, terdapat tokoh-tokoh yang memainkan peranan dalam menempatkan orang-orang yahudi di Palestin. Mereka telah membawa masuk ramai yahudi ke Palestin secara berperingkat-peringkat. Di antaranya adalah seperti berikut :
a) 55,000 orang yahudi berhijrah pada tahun 1339 H / 1919 M.
b) 108,000 orang yahudi berhijrah pada tahun 1344 H / 1925 M.
c) 300,000 orang yahudi berhijrah pada tahun 1354 H / 1935 M.
d) 650,000 orang yahudi berhijrah pada tahun 1368 H / 1948 M.
Saya tertarik dengan sebuah buku iaitu dari penulisnya Syeikh Abdul Wahhab Abdul Salam Tawilah yang berjudul “Mughalatahat Al-Yahud”. Beliau mentafsir serta menyifatkan bahawa :
“Sejak dua abad golongan yahudi telah membawa masuk rakyat daripada Habsyah yang didakwa sebagai yahudi di kalangan Bani
Dalam buku yang lain pula iaitu “Berdamai Dengan
“Atas alasan membendung intifadah,
Ini adalah satu bentuk propaganda yahudi bagi memperlihatkan kepada masyarakat dunia, bahawa mereka telah menemui kemenangan yang mutlak, tetapi pada hakikatnya pihak yahudi masih tercari-cari halatuju tujuan sebenar mereka untuk menubuhkan Negara Israel Raya. Bertepatan dengan itu juga, pihak barat telah memainkan peranannya yang cukup penting untuk ‘menidurkan’ pemimpin-pemimpin Arab dan Islam khasnya dalam berkaitan isu ini.
Maka akan timbullah pula situasi yang amat membimbangkan bagi masyarakat Islam Palestin apabila hak-hak dan bumi mereka telah dicabuli oleh
Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin Islam!
Sedarlah bahwa musuh-musuh Islam itu hadir di setiap genap penjuru ruang kehidupan ini bagi menghancurkan kemartabatan Islam!
Renungilah!.
Perkukuhkanlah semula barisan-barisan hadapan kita. Agar tidak mudah dibolosi serta dicerobohi oleh musuh-musuh Islam!
Namun.
Ketika ini.
Bilamana persoalan timbul.
Bolehkah bumi Palestin itu bangkit?
Bolehkah pejuang Palestin itu menewaskan musuh-musuh Islam?
Pencariannya di sini.
Lupakah kita semua pada Allah SWT.
Lupakah kita semua akan janji-janji Allah Azza Wajalla.
Lupakah kita semua akan wasiat Nabi SAW.
Lupakah kita semua apa yang telah difirmankan-Nya dalam Al-Quran.
Fikirkan!