Salam semua..Tak lama lagi puasa..dah ready ke ? Kalau tak puasa tak boleh raya tau hehe. Cikgu nak bagi beberapa tips ringkas. Boleh lah baca-baca sebagai rujukan ok.
1. Berbuka dengan membaca doa.
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji .
3. Bolehlah makan nasi putih atau mee/ bihun (berkuah/sup) kueh teow. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang.
8. Lebihkan minum air.
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan. (kalau yang lebih beriman, makan nasi lepas terawih) boleh buat?
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut: Nasi putih, oats/ nestum, roti, buah-buahan/kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.