Thursday, July 14, 2011

Tips Jadi Blogger Terbaik

Disini saya senaraikan 5 Tip Blogging Terbaik yang pada saya, tak rugi pun kalau dipraktikkan dan ia mendatangkan kesan yang amat menusuk kalbu ! ;)

  • Senantiasa mengkaji dan buat research perkara berkaitan SEO, blog, traffik, UV, pageviews dan segala macam berkaitan blog dan dunia internet ni. Makin banyak kita tau, makin banyak la kita boleh praktikkan kat blog kita sendiri. Nak kaji? Search je kat Google, Yahoo dan beraneka jenis enjin pencarian lagi. Senang kan?
  • Menulis, menaip entri perlu dilakukan dalam keadaan minda yang relax, tenang dan jugak tak dipengaruhi sebarang emosi ! Sentiasa berfikiran positif jugak membantu dalam menghasilkan entri berkualiti .
  • Jangan terlalu mengharapkan pada JUMLAH FOLLOWER, DUIT , POPULARITI, KOMEN sebab itu semua akan datang sendiri kalau entri ataupun blog anda berkualiti dan ada UMPHHH.. Semua benda tu akan bergolek datang pada anda tanpa diharap ! Hehe..
  • Mencipta kelainan dan identiti sendiri penting dalam setiap blogger. Memang agak susah untuk dipolish. Tapi cuba untuk lebih menjadi diri sendiri ketika menaip mahupun menghasilkan entri berkualiti. Termasuklah gaya penulisan, interaksi dengan pelawat blog, Facebook, mahupun YM ! Bila dah ada gaya dan style sendiri, sudah tentu pembaca akan dapat ingat anda dengan mudah dan berkekalan serta mungkin menjadi sebutan ! Sapa tau kan? ;)
  • Template blog, widget, muzik dan segala macam jenis paparan luaran blog banyak mempengaruhi mood pembaca ! Jadi, kalau blog anda amat lah serabut, lembab dan penuh bunyi bunyian ditambah pulak dengan pop ups window penyambut tetamu, Tak ke anda rasa anda dah menyusahkan tetamu untuk menjengah kerumah anda untuk singgah beraya? Hehe. Jadi, biarlah template blog anda tidak la se"havoc" mana tapi isi dalaman dia cantik dan best ! Macam buah manggis la ! Sedap woo ! Hehe..

So.. Itulah dia tadi tip blogging terbaik dari saya yang tak punya apa yang ada hanya rasa cinta membara! Hehe.. Maybe takde lah baik mana kan, tapi itulah yang saya guna sampai sekarang ! Hehe..

1 comment:

Donny Ien said...

menarik tips diatas.. terima kasih banyak2

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...