Jom Cuba Resepi Kuih Dorayaki - Kuih Kegemaran Doraemon

Nama Kuih Dorayaki adalah tidak asing di Jepun.Bagi kanak-kanak atau sesiapa yang meminati kartun Doraemon Kuih ini sangat popular.Hal itu lantaran Kuih Dorayaki selalu menjadi makanan kegemaran Nobita dan Doraemon.Nobita yang setiap hari makan Kuih Dorayaki menunjukkan gambaran kecil betapa panganan ini sangat lekat dengan makananan masyarakat di Negeri Sakura itu(Jepun).

Dorayaki termasuk dalam golongan kuih tradisional Jepun (wagashi) yang bentuknya bundar sedikit tembam, terdiri atas dua lembar kuih yang direkatkan dengan selai kacang merah.

Kuih Dorayaki memiliki tekstur lembut dan mirip dengan kuih Jepun yang disebut kastela kerana adonannya mengandung madu.

Irwan, salah seorang tukang masak dari Restoran Basara Jakarta, mengesahkan bahawa dorayaki sangat popular di Jepun. Bahkan kini kepopularannya sudah menular ke negara-negara di Asia lainnya.

“Dorayaki memang makanan kesukaan masyarakat Jepun. Selain terdapat pelbagai rasa, Kuih Dorayaki juga mudah didapati,” ujar Iwan dalam sebuah seminar masakan Jepun yang diadakan The Japan Foundation Jakarta, beberapa ketika lalu.

Pelbagai jenis dorayaki di antaranya dorayaki original, dorayaki coklat, dorayaki kacang merah, dan dorayaki ubi. Irwan mengatakan, biasanya pelbagai rasa tersebut dibuat berdasarkan musim tuan. Misalnya pada musim kacang merah, orang Jepun akan menggunakan jenis kacang itu untuk isi Kuih Dorayaki.

Resepi Kuih Dorayaki


Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:
kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya.

Sedia untuk dihidangkan.

Azim : Selamat mencuba!

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post