Cara Hilangkan Tanda-tanda Demam Campak

Anda pernah kena demam campak? Nah, di sini cikgu azim akan memberikan beberapa kaedah untuk mengatasinya..

1.Tempek bedak sejuk, jangan kena hujan(Nanti akan tinggalkan parut kekal),jangan makan kicap,minum air kelapa banya-banyak.InsyaAllah tak teruk Sangat.Tapi parut tu mesti ada melainkan kalau kena masa baby mungkin tak nampak parut tu.

2.Pakai calomine lotion.Lotion ni sejuk, untuk menghilangkan kegatalan.Lotion ni selalunya doktor akan bagi selepas kita jumpa dokter untuk ambik ubat.

Kalau campak biasa iaitu measles takkan ada parut.Jika kena chicken pox iaitu cengkering - yang macam jerawat tu ,barulah ada parut jika masa jerawat campak ni jadi kuping tu kita tanggalkan sendiri.

Petua orang dulu dulu ialah minum air kelapa untuk penawar dan untuk semua campak keluar. kemudian bila semua campak dah keluar, kena pakai bedak sejuk yang diperbuat dari beras bercampur dengan daun cermai. kalau nak hilangkan gatal, dikebas dengan daun mambu.

Untuk mengurangkan demam campak atau chicken pox, boleh juga guna petua dibawah ini.Petua ini ambil dari blog lamanpetuasukma.com

Cara Nak Hilangkan Tanda-Tanda Demam Campak

Caranya :

1. Minum air kelapa muda untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak.

2. Selepas bintik-bintik campak keluar, makan kuning telur yang direbus supaya penyakit demam campak tersebut tidak berulang dan supaya bisa campak akan surut..

3. Ambil air cucian beras yang pertama sebagai mandian, ini untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Mandi tanpa menggunakan sabun selama tiga hari.

InsyaAllah demam campak atau chicken pox akan sembuh tanpa meninggalkan tanda.


Ada tak sesiapa ada lagi petua tentang Demam Campak ni boleh la tinggalkan komen dibawah.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post