ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
I. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pekerja itu membaiki mutu perkhidmatnnya dgn meningkatkan kemahirannya menerusi latihan tertentu, pembacaan, perbinvangan, sesame sendiri ttg aspek pekerjaannya dan lain-lain. Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan dirinya tanpa diperingkatkan oleh ketuanya adlah satu sikap yang terpuji.
II. Bekerja dengan penuh tenggungjawab
Setiap pekerja dikehendaki b/jwb terhadap kerjanya. b/jwb bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti yg di harapkan oleh organisasi.
III. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
K/tangan kerajaan perlu menyifatkan dirinyan sbg penggerak mykt tanpa menggunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dgn perasan insaf dan sopan.
IV. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua k/tangan kerajaan bekerja dgn muhibah dan kemesraan.
V. Bekerja kea rah memajukn pemikiran rakyat
Adalah menjadi kewajipan bagi setiap k/tangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada mykt awam ttg dasar, program serta hasrat k’rjn agar pembangunan dan perubahan yg di bawa k’rjn dapat dilaksanakan dgn lancer dan jayanya.
VI. Bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh Negara
Semua pihak terlibat dlm usaha membenteras kelemahan Negara seperti kemiskinan, kejahilan, dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak iaitu awam , swasta serta golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan Negara kearah pembangunan yang menyeluruh.
VII. Berpegang teguh kepada ajaran agama
Berpegang teguh kepada ajaran Agama merupakan satu aspek yang sangat penting dlm menjalankan tugas. Ini kerana agama itu membawa nilai-nilai murni dan baik dlm membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.
SEBAB ETIKA KHIDMAT AWAM DIWUJUDKAN
Untuk mewujudkan kakitangan awam yang dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan, kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang cemerlang.
Terdapat tuduhan bahawa kakitangan awam telah melakukan beberapa penyelewengan dalam melaksanakan dasar – dasar kerajaan.
Adalah menjadi matlamat dan azam kerajaan untuk meningkatkan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari masa ke semasa.
Di samping itu terdapat juga faktor – faktor luar yang mendorong kerajaan untuk mewujudkan etika ini. Antaranya ialah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan di rantau ini dan berlakunya gejala – gejala yang kurang sihat seperti rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas – tugas yang diamanahkan.
AMALAN-AMALAN ETIKA KHIDMAT AWAM
· Mengadakan hari penganugerahan atau pengiktirafan dan penghargaan.
· Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan, kebajikan dan sosial.
· Mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa.
· Menghasilkan makalah jabatan yang mana melaluinya bolehlah dimasukkan rencana – rencana yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam.
· Mengadakan Majlis Jamuan Minum Teh atau hari keluarga dan lain – lain aktiviti yang sesuai.
· Mengadakan majlis ceramah atau syarahan agama dari masa ke semasa.
· Menghantar kakitangan ke mana – mana kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapannya.
· Menganjurkan pertandingan seperti taman bersih, pejabat bersih dan lain – lain.
· Menyediakan manual kerja atau jadual kerja serta buku panduan jabatan atau unit.
NILAI MURNI
1. adil dalam perlantikan.
2. amanah dalam menjalankan tugas.
3. bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam.
4. ikhlas dalam perkhidmatan awam.
5. dedikasi dalam perkhidmatan awam.
6. tekun dalam perkhidmatan awam.
7. berdisiplin dalam perkhidmatan awam.
8. bekerjasama dalam perkhidmatan awam.
9. berbudi mulis dalam perkhidmatan awam.
10. bersyukur dalam perkhidmatan awam.
1. Adil dalam perlantikan.
Pegawai itu tidak memilih kasih, saksama dalam sebarang kerja. Dengan itu akan wujudlah keadilan dimana hanya mereka yang layak, cukup syarat saja akan dipertimbangkan.
2. Amanah dalam perkhidmatan awam.
Beliau akan menjalankan tugas dengan jujur, sentiasa berserah kepada yang hak. Masa, wang tidak digunakan dengan cara yang membazir. Rasuah dielakkan semua kerja disiapkan ikut jadual.
3. Ikhlas dalam perkhidmatan awam.
Beliau bertugas dengan ikhlas, tidak hendak menunjuk – nunjuk, tidak memilih tugas dan sentiasa bersedia untuk bertugas tidak kira masa. Bertugas semata – mata kerana Yang Maha Esa.
4. Dedikasi dalam perkhidmatan awam.
Beliau bertugas dengan bersungguh – sungguh tanpa kenal jemu, tidak putus asa serta bersedia menghadapi cabaran.
5. Berdisiplin dalam perkhidmatan awam.
Pegawai ini sentiasa patuh, taat kepada arahan / peraturan pejabat, kuat dalam ajaran agama dan sentiasa berusaha menjaga imej diri serta jabatan
TONGGAK DUA BELAS
1. MENGHARGAI MASA
Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya.
2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada organisasi dan individu.
3. KESERONOKAN BEKERJA
Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakan manusia berkerja itu merupakan pelakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
¨ Bekerja hendaklah dijadikan sesuatu ibadah
¨ Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran
¨ Jika kerja itu kita anggap pengkhususan kita, dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang kemas, bersih, selesa dan harmoni. Sesuatu yang keterlaluan, umpamanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang.
5. KETINGGIAN PERIBADI
Peribadi seseorang ialah “the total personality” – wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membawa watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adap dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan hiasan luaran peribadi.
6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak beraasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengannya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, ramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong.
7. PENGARUH TELADAN
Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik. Sebaliknya yang negatif boleh membawa padah yang buruk.
8. KEWAJIBAN MENJALANKAN TUGAS
Tugas adalah tanggung jawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap orang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria di atas, hasilnya akan menjadi tidak sempurna, lambat, tidak berguna, membazir dan mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan.
9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. Berhemat satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja dari segi wang, bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.
Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan.
10. KEUTAMAAN KESABARAN
Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa.
Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar, menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai.
11. PENINGKATAN BAKAT
Setiap manusia mempunyai bakat. Bakat dalam segala apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Peningkatan bakat perlu, kerana ia boleh menolong ke arah penciptaan, ivovasi dan penyelesaian masalah yang rumit.
12. NIKMAT MENCIPTA
Kepuasan ialah tukuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.
1. MENEPATI MASA
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Menepati masa
¨ Menyegerakan tugas
¨ Mempunyai perancangan waktu
¨ Bijak menguruskan tempuih masa yang diberi
¨ Menumpukan masa pada kerja – kerja yang produktif dan kreatif
¨ Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
¨ Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
¨ Berbual-bual kosong
¨ Tidak mengerakan tugas
¨ Tidak ada sense of urgency
¨ Tidak ada priority
¨ Melayan tetamu yang tidak berkenaan
¨ Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi
¨ Ke kantin pada waktu bertugas
¨ Datang lambat, berbua kosong
¨ Bertanggunh-tangguh, melengahkan kerja.
¨ Perancangan tidak teratur.
¨ Membuat kerja yang remeh temeh
¨ Malas memajukan diri
¨ Bersikap pasif dalam tugas
¨ Budaya kerja (‘Last minute’)
¨ Kerja sambil lewa
¨ Balik cepat
2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
¨ Rajin dan sentiasa berusaha
¨ Tekun dalam melaksanakan tugas
¨ Saabar dalam menhadapi cabaran cabaran pekerjaan
¨ Berpandangan jauh
¨ Bersemangat dalam melaksaaaaaanakan tugas yang diarah
¨ Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
¨ Sanggup berkorban
¨ Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
¨ Tidak patah semangat
¨ Bercita-cita tinggi
¨ Mudah tersinggung
¨ Kurang berdisiplin
¨ Mudah putus asa
¨ Tidak tejun
¨ Mudah mengalah
¨ Tidak bercita-cita tinggi
¨ Tidak bersemangat
¨ Tidak tahan kena marah
¨ Tidak ada inisiatif
¨ Tidak kreatif
¨ Suka bertanggunh
¨ Disuruh buat baru buat
¨ Mudah tersinggung
¨ Malas dan sambil lewa
¨ Tidak tekun dalam menjalankan tugas
¨ Mudah tertekan dalam menghadapi cabaran
¨ Tidak berdisiplin
¨ Berpandangan sempit
¨ Pasif dalam menjalankan tugas
¨ Tidak bertanggungjawab
¨ Individualistik
¨ Mudah putus
¨ Lemah semangat
¨ Tidak bermatlamat
3. KESERONOKAN BEKERJA
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Menganggap kerja sebagai bakat
¨ Mempunyai inisiatif sendiri
¨ Menghasilan sesuatu yang berfaedah
¨ Mempunyai komitmen terhadap kerja
¨ Sedia memberi kerjasama
¨ Menganggap kerja sebagai beban
¨ Tidak komited
¨ Hanya menunggu arahan
¨ Tidak suka menolong
¨ Tidak dipercayapi dan selalu dicurigai
¨ Menganggap kerja sebagai beban kerja dan terlalu mengharapkan ganjaran yang lumayan.
¨ Perlu diarah untuk menjalankan tanggungjawabnya:
¨ Tidak pandai berdikari
¨ Tidak bersemangat untuk bekerja
¨ Tidak dapat menghasilan sesuatu yang memberi manfaat dan tidak dapat sumbangkan sesuatu kepada masyarakat keseluruhannya.
¨ Kurang penglibatan terhadap kerja yang diceburi.
¨ Tidak dapat memberi kerjasama:
¨ Suka membantah/ingkar perintah
¨ Tidak bertolak ansur/timbang rasa
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Sdelalu bergantung kepada orang lain
¨ Tiada inisiatif
¨ Bekerja ikut perintah (umpama pahat dengan tukul)
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan.
¨ Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan.
¨ Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
¨ Bersifat pemaaf dalam pergaulan.
¨ Boleh menerima teguran
¨ Berlaku adil dalam semua tindakan
¨ Menepati janji
¨ Sedia menerima cadangan dan nasihat
¨ Jujur dan ikhlas
¨ Merendah diri
¨ Bijaksana dalam membuat pertimbangan
¨ Bermaruah dan berhemah tinggi
¨ Menonjol-nonjolkan diri
¨ Bercakap dengan menggunkan perkataan bombastic
¨ Berkelakuan mengada-ngada
¨ Sombong dan meninggi diri
¨ Menyukarkan persoalan yang mudah
¨ Memperbesar-besarkan perkara kecil
¨ Kedekut atau berlebihan dalam dalam memenuhi keperluan organisasi
¨ Berlebih-lebih mengampu ketua
¨ Memperagakan krmewahan dan kedudukan
¨ Membazir dan merosokkan harta kerajaan
¨ Kerap menghias diri di pejabat
¨ Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal
¨ Berfikiran sempit dan tidak tegas
¨ Terlalu mementingkan kedudukan dan status
¨ Tidak membuat perancangan dalam pengurusan kewangan
¨ Ego dan emosional
¨ Tidak mahu menerima pendapat orang lain
¨ Bersikap berat sebelah dan pilih kasih
¨ Bersikap keras kepala
¨ Sering mungkir janji
¨ Berpura-pura
¨ Sombong
¨ Membuat keputusan tanpa pertimbangan
¨ Tidak berakhlak dan tiada nilai-nilai keperibadian
5. KETINGGIAN PERIBADI
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan
¨ Menyempurnakan tugas dan amanah
¨ Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab
¨ Berilmu dan berpengetahuan luas
¨ Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
¨ Sedia berkorban
¨ Berlumpa-lumba membuat kebajikan
¨ Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
¨ Bersifat penyanyang
¨ Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
¨ Bertimbang rasa tetapi tegas
¨ Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
¨ Taat setia dan patuh kepada arahan
¨ Bersyukur dalam menghargai kebaikan
¨ Bersih daripada sifat dengki
¨ Bertanggungjawab dan sedia berbakti
¨ Jimat cermat dalam segala aspek
¨ Tertib dan baik budi bicara
¨ Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
¨ Crkal dalam menghadapi cabaran
¨ Bekerjasama dan saling hormat menghormati
¨ Bnerani dan berpendirian teguh
¨ Selalu berpura-pura dalam tindakan
¨ Bersikap sombong dan sentiasa menunjuk-nunjuk
¨ Sukar untuk membuat kebajikan
¨ Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
¨ Tamak dalam mengejar pangkat dan sanjungan
¨ Gopoh dalam bertindak
¨ Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
¨ Mungkir janji
¨ Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
¨ Pemarah dan tidak sabar
¨ Khianat dalam melaksanakan tugas
¨ Berdendam serta hasat dengki
¨ Bersungguh-sungguh mempertaahankan kelemahan dan keburukan diri.
¨ Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Lembab dan malas berusaha
¨ Pengotor dan selekeh dalam pembawaan
¨ Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
¨ Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
¨ Suka membuat janji palsu
¨ Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.
¨ Tindakan dan kelakuan tidak sejajar dengan prinsip agama
¨ Tidak bertanggung jawab dan amanah
¨ Melakukan seseuatu pekerjaan dengan motif tertentu
¨ Tidak berminat menambahkan ilmu pengetahuan
¨ Pilih kasih
¨ Lebih mementingkan diri sendiri dari tugas
¨ Tidak berminat untuk menceburkan diri dalam aktiviti sosial
¨ Selekeh, pengotor (perawakan diri)
¨ Ganas, kasar, tidak bertolak ansur dalam apa jua tindalan
¨ Tidak sanggup menghadapi rintangan
¨ Tidak ada tolak ansur (toleransi)
¨ Berkelakuan buruk
¨ Ingkar pada perintah
¨ Tamak dan tidak pernah puas hati dengan apa yang ada
¨ Suka menganiayai orang
¨ Boros
¨ Malas, lembab dan kerja tidak teratur
¨ Tidak memberi kerja-sama dengan rakan sekerja dan tidak pernah menghormati rakan sekerja.
6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Bersopan santun setiap masa
¨ Pemaaf dan berhemah tinggi
¨ Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
¨ Ikhlas dan bertimbang rasa
¨ Pemurah dalam usaha kebaikan
¨ Mudah mesra dan bekerjasama
¨ Merendah diri
¨ Berbudi mulia
¨ Boleh menerima teguran
¨ Berlaku adil dalam semua tindakan
¨ Sedia menerima cadangan
¨ Kasar dan kurang sopan
¨ Berdebdam bila tidak mendapat sesatu kemahuan
¨ Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
¨ Tidak bertimbang rasa
¨ Mementingkan diri sendiri
¨ Sombong bongkak dan membesar-besarkan diri
¨ Bermuka-muka
¨ Cepat menghukum tanpa siasatan
¨ Suka mencaci
¨ Tidak boleh menerima kritikan
¨ Cepat membuat kritikan
¨ Suka menghina orang
¨ Tingkah laku tidak sopan
¨ Pentingkan diri
¨ Pilih kasih
¨ Hipokrit
¨ Kedekit
¨ Sesah diajak berunding
¨ Individualistik tidak rasional
¨ Ego
¨ Berkelakuan buruk
¨ Takbur – tinggi diri
7. PENGARUH TELADAN
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Sentiasa berkelakuan baik
¨ Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
¨ Bermoral dan berakhlak tinggi
¨ Tertib dan beradap sepanjang masa
¨ Rajin dan kuat bekerja
¨ Amanah dan bertanggungjawab
¨ Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
¨ Berpandangan jauh
¨ Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
¨ Berdisiplin dalam semua tindakan
¨ Sanggup berkorban setiap ketika
¨ Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
¨ Buruh perangai dan tingkah laku
¨ Jahil dan tidak suka membaca
¨ Hasad dengki dan buruk sangka
¨ Mempersendakan agama
¨ Kedekut dan bakhil
¨ Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
¨ Suka mengumpat dan mengadu domba
¨ Terlalu sensitif dan cepat marah
¨ Tidak kenal budaya sendiri
¨ Hipokrit serta berpura-pura
¨ Tidak berpandangan jauh
¨ Berkelakuan tidak baik/buruk tingkah laku. – menghisap dadah
¨ Bersifar kebendaan, gila kuasa dan pangkat – menindas hak asasi orang lain
¨ Sadistik. – suka orang lain derita
¨ Kurang berdisiplin – melanggar peraturan yang ditetapkan.
¨ Malas dan tidak berinisiatif. Hanya menunggu arahan
¨ Khianat dan cuai – tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan
¨ Riak dan egoistik. – menunjuk-nunjuk hasil kerja
¨ Individualistik – mementikan dirisendiri.
¨ Berfikiran sempit – tiada wawasan
¨ Tanpa etika kerja – suka melengah-lengahkan kerja
¨ Kurang pembangunan diri – tidak mengikuti perkembangan ilmu sezaman
8. KEWAJIBAN MENJALANKAN TUGAS
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
AMALAN NEGATIF – KUMPULAN PESERTA
¨ Sentiasa bertanggung jawab terhadap tugas yang diberikan.
¨ Tekun dan sabar menjalankan tugas
¨ Selalu mempunyai inisiatif sendiri
¨ Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
¨ Mementingkan kualiti
¨ Cergas dan pantas bekerja
¨ Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
¨ Accountable
¨ Sentiasa belajar dari kesalahan
¨ Bersikap profesional dan cekap
¨ Mudah menyelewang daripada tanggungjawab
¨
9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Berhati-hati bila berbelanja
¨ Tidak membazir harta kerajaan
¨ Tahu membezakan antara keperluan dan kemewahan
¨ Menyelenggara harta kerajaan dengan baik
¨ Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
¨ Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
¨ Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat
¨ Boros dan suka membazir
¨ Memperaga kehebatan dan kemewahan
¨ Suka bermewah dengan harta kerajaan
¨ Tidak cermat dengan harta kerajaan
¨ Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
¨ Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam.
10. KEUTAMAAN KESABARAN
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Tenang menghadapi masalah rumit
¨ Mempunyai perhitungan jauh
¨ Tahan menerima cabaran
¨ Tidak putus asa
¨ Pemaaf dan berhemah tinggi
¨ Cermat dalam tutur kata
¨ Selalu mengubah pendirian dan keputusan
¨ Tidak sanggup berkorban
¨ Takutkan cabaran
¨ Lekas mengalah
¨ Berpandangan sempit
¨ Tidak tahan menghadapi kesusahan
11. PENINGKATAN BAKAT
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Memberi dorongan terhadap kreativiti
¨ Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
¨ Memberi galakan kepada pemikiran baru
¨ Berani mencuba idea-idea baru
¨ Mengenal bakat-bakat yang ada
¨ Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
¨ Menggalakkan percambahan fikiran
¨ Menyediakan persekitaran suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
¨ Menyekat pemikiran baru
¨ Tidak menggalakkan percubaan
¨ Takut mencuba sesuatu yang baru
¨ Tidak menghargai bakat yang ada
¨ Memperkecilkan usaha-usaha original
¨ Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti
¨ Berpuas hati dengan tahap bakat yang ada.
12. NIKMAT MENCIPTA
AMALAN
POSITIF
AMALAN
NEGATIF
¨ Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
¨ Sentiasa berada dalam cabaranb intelektual
¨ Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
¨ Over-zealous dengan pekerjaan
¨ Gembira melihat wujudnya idea baru
¨ Senang bermain dengan idea dan berani mencuba
¨ Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada
¨ Takut menemui kegagalan
¨ Memandang remeh usaha orang lain
¨ Pemikiran tidak dinamik
¨ Mempertahankan tugas quo secara membuta tuli
¨ Tidak suka pembaharuan
¨ Tidak sabar dalam penciptaan baru
Kata kunci: etika perkhidmatan awam, sebab etika perkhidmatan awam, nilai murni perkhidmatan awam, amalan etika perkhidmatan awam, tonggak dua belas, tonggak 12, soalan KISSM etika perkhidmatan awam, sebab mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan, mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan, amalan etika perkhidmatan awam, amalan merealisasikan etika perkhidmatan awam, amalan untuk merealisasikan etika perkhidmatan awam, definisi etika perkhidmatan awam, kaedah penyimpanan dokumen terperingkat
Jom baca LAGI
Jom baca LAGI