Ciri Seorang Guru Besar Cemerlang

Ini point yang sangat membantu untuk menjawab soalan KISSM bahagian B untuk ciri-ciri guru besar cemerlang. Usah risau, cikgu Az akan membantu.



Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang pengetua/Guru Besar di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang yang sentiasa : 


1) berfikiran terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh (far-sighted), 



2) menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya (The greatness of a big man lies in the way he treats little men), 



3) mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa, 



4) tidak menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa untuk bertindak, 



5) bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan cadangan pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan, 



6) sedia menerima hakikat bahawa ada orang lain yang mungkin lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu bidang atau perkara, 



7) tegas tetapi adil dan saksama, 



8) mengkritik dan menegur sacara membina, 



9) sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat kesalahannya, 



10) mengeksploitkan kekuatan-kekuatan setiap pegawainya, bukannya kelemahan-kelemahan mereka, 



11) mempunyai pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian khas kepada idea-idea yang baru, 



12) bersikap positif, sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, 



13) berani dan sedia mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan. 

Kata kunci: ciri guru cemerlang, guru cemerlang, ciri guru besar cemerlang, ciri kepimpinan guru besar, soalan kissm guru besar, nilai murni kepimpinan


Jom baca LAGI
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post