Batman Menangis Kerana Joker


Joker adalah satu watak yang biasanya membuatkan kita ketawa. Tetapi jika di dalam filem Batman, Joker adalah watak yang cukup jahat dah wajib dihapuskan oleh super heronya, Batman.

Namun agak berlainan yang terjadi pada Batman yang hadir pada Anugerah MTV Movie, air mata kesedihanya tumpah kepada Joker!

Mungkin agak janggal apabila super hero menangis. Tetapi itulah yang berlaku kepada pemegang watak Batman, Christian Bale.
Air mata aktor kacak itu tumpah ketika beberapa babak filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises, ditayangkan pada Anugerah MTV Movie 2012, baru-baru ini.

Bale menangis kerana terkenangkan rakan baiknya, Heath Ledger yang pernah membintangi siri filem Batman sebelum ini.

Ini kerana, kedua mereka berkawan baik sepanjang penggambaran filem tersebut dan rapat seperti adik-beradik.

Ledger yang meninggal dunia pada 2008 menunjukkan lakonan hebat ketika memegang watak Joker dalam filem pertama Batman.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post