Jika kita hayati semula kisah dongeng cerita org tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama SANG KELEMBAI, Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.
Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.
Sejauh mana kebenaran cerita Sang kelembai ini tidaklah di ketahui kisah sebenarnya hanya dicerita secara lisan dari mulut ke mulut org tua-tua dahulu. Jika di imbau kembali di kampung saya dahulu ada juga ceritanya yang dikaitkan dengan sang kelembai ini, konunnya di kampung tersebut tidak ada pokok perah sejenis pokok hutan yang mempunyai buah yang bergitu sedap apabila di masak dan dibuat sejenis jeruk (macam jeruk petai lebih kurang) kata ceritanya anaknya telah mati disebabkan termakan buah 'perah' ini lalu dgn kuasa yang ada padanya dicabutkan semua pokok-pokok perah yang ada di sekitar kampung tersebut.
Sehingga ke hari ini di kampung tersebut tidak ada pokok perah. Juga dikatakan ada berbatuan yang terbentuk didalam keadaan tertentu telah di tegur oleh Sang kelembai sebelum ini, yang terdapat dikampung tersebut.
Sejauh mana kebenaran cerita Sang kelembai ini Wa'allahhualam