Khasiat Jambu Batu Elakkan Kerosakan Kulit

Kajian yang diketuai oleh seorang saintis berasal dari India mendapati bahawajambu biji mempunyai kepekatan tinggi sebatian antioksidan. Ini penting bagi perlindungan tubuh terhadap kerosakan sel kulit akibat penuaan, yang bolehmencetuskan kanser.

Siri ujian dilakukan terhadap kandungan nutrisi jambu biji dan beberapa buah-buahan segar termasuk epal Himalaya, delima, pisang, dan wain. Hasilnya, jambubiji mempunyai kepekatan antioksidan tertinggi berbanding buah lain.

Para saintis dari Institusi Nasional India di Hyderabad, susunan buah-buahan lainberdasarkan peringkat kepekatan antioksidan selepas jambu biji, yakni, plum, epal,baru mangga di tangga ke-4.

Konsentrasi antioksidan dalam jambu biji mencapai 500 miligram per 100 gram,plum 330 miligram, delima 135 miligram. Epal mempunyai kandungan antioksidensatu perempat dari kandungan jambu biji. Sementara pisang hanya mempunyaikandungan antioksidan 30 miligram per 100 gram. 

Tembikai dan nanas juga mempunyai kandungan antioksida yang berkesanmembantu tubuh melawan zat perosak sel atau radikal bebas. Mangga juga. Meskimempunyai kandungan fruktosa tinggi, mangga mengandungi 170 miligramantioksidan. Mangga mempunyai kesan antioksidan tiga kali lebih tinggi dari betik.Sedangkan anggur tiga kali lebih bermanfaat bagi tubuh daripada limau.

"Jambu biji merupakan sumber makanan yang kaya antioksidan, dan kaya serat.Memakan sebiji jambu biji sehari sekali boleh menjauhkan diri dari penyakit," kata DrSreeramulu, seorang pakar kesihatan, seperti dikutip Telegraph. Kajian diterbitkandalam Jurnal Antarabangsa Food Research. Food Research.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post