Pantang Larang Berblogging

tip-dan-trik-blogging


Mencari ilmu blogging adalah suatu kemestian bagi seorang blogger yang hendak berjaya. Tips dan trik ini adalah bagi kita mengenalpasti perkara yang perlu dielakkan dalam blogging bagi memastikan pegunjung akan datang kembali ke dalam blog kita. Tips ini adalah bersumberkan kepada seorang blogger Indonesia yang boleh dikatakan agak mahir dan pakar di dalam dunia blogger. Bagi mereka yang ingin meneroka pelbagai ilmu mengenai blogging bolehnya menjelajah laman beliau iaitu masdoyok.

Diantara perkara yang perlu dielakkan di dalam blogging yang perlu kita semua mengambil perhatian ialah apa yang seharusnya tidak anda lakukan  di dalam blog anda. Apakah perkara-perkara tersebut?
1. Iklan lebih banyak daripada Isi Kandungan
Blog yang dihiasi pelbagai iklan termasuk banner yang bersifat iklan berbanding isi kandungan blog tersebut akan menyebabkan pengunjung merasa bosan untuk meneruskan pembacaan di blog tersebut

2. Terlalu Banyak Gambar di Blog Anda
Salah satu fungsi gambar adalah untuk menguatkan maksud sesuatu isi kandungan. Jika ddi blog anda terlalu banyak gambar yang tidak menerangkan sesuatu perkara maka elakkanlah perkara sebegini. Masalah kedua ialah akan menyebabkan loading menjadi lambat.

3. Menubar
Jangan terlalu banyak menu pada menubar danjangan terlalu banyak cabang pada setiap menu.Nama menu bar hendaklah sesuai isinya dengan jelas.

4. Update Blog Tidak Teratur
Untuk SEO yang bagus di dalam blog anda, anda perlulah menjadi orang yang pertama mengupdate sesuatu isu semasa atau apa sahaja berkenaan sesuatu perkara. Rajinkanlah diri anda untuk menjelajah ke dalam pelbagai niche blog bagi mencari idea untuk isi kandungan blog anda,
5. Template 
Jangan terlalu menggunakan template yang berkombinasi banyak warna dan janganlah terlampau banyak widget di dalam blog. Gunakanlah widget yang dirasakan perlu sahaja

6. Janganlah Terlampau Ego
Apakah matlamat anda untuk berblogging? Carilah ilmu-ilmu mengenai blogging di pelbagai blog yang berlainan dan usahlah anda merasa diri anda hebat kerana anda berjaya membina sebuah blog. Dunia blog adalah luas dan untuk berjaya anda memerlukan ilmu.

7. Kisah Peribadi
Terlampau memaparkan kisah peribadi di dalam blog juga akan menyebabkan  pengunjung merasa bosan. Selitkanlah beberapa post yang bermaklumat agar ianya dapat memberi sumber pengetahuan kepada pengunjung dan ianya akan dapat memastikan pengunjung datang kembali ke blog anda.

Semoga beberapa perkara yang perlu dielakkan di dalam blogging ini akan dijadikan manfaat bersama. Kepada rakan-rakan yang ingin menambahkan beberapa perkara yang perlu dielakkan bolehlah memberi idea anda di dalam ruangan komen.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post