Apakah anda termasuk orang yang jika tidur berdengkur? Tahukah anda, tidur berdengkurboleh menghilangkan kesegaran dan mengurangkan kualiti tidur anda. Kerana tubuhmengalami kekurangan oksigen. Tidurberdengkur adalah salah satu tanda dariterhalangnya pernafasan semasa tidur. Haltersebut seperti yang diungkapkan oleh ArthurKotch, MD, Pengarah Kesihatan The SleepDisorders Center di Hospital Danbury,Connecticut.
Punca utama tidur berdengkur salah satunya adalah ketika rangkaian-rangkaian di balik kerongkong, yakni lidah dan langit-langit mulut saling bersinggungan, bergetar dan akhirnya menghasilkan bunyi dengkuran, pada kes yang lain, persinggunganrangkaian-rangkaian tadi boleh terus menghilangkan bekalan udara ke dalam badan kita . Ini yang disebut sleep apnea, iaitu tubuh mengalami kekurangan oksigen, yang boleh merosakkan jantung anda.
Orang yang gemuk dengan leher pendek biasanya tidurnya mengorok, kerana terdapat pengumpulan lemak yang menghalang saluran nafasnya. Orang kurus pun boleh saja mengorok, terutama jika pada dirinya ditemui kelainan seperti sinusitis,tonsil, atau mempunyai kelainan bawaan.
Orang yang tidur berdengkur biasanya sering terbangun pada malam hari. Keadaan seperti itu tentu saja boleh memberi kesan buruk pada kesihatan tubuh, kerana tidak mempunyai peluang untuk berehat dengan baik. Selain badan mudah lemah,mengantuk sepanjang siang har, hal itu juga boleh memberi kesan buruk padalibido.
Cara mengatasi mendengkur
Tidur dalam kedudukan sebenar didalam situasi ini, tidurlah dalam kedudukanmengiring agar anda tidak berdengkur. Kerana berdengkur biasanya berlaku apabila orang tidur dalam posisi terlentang, maka orang berdekatan bolehmengurangkan kebiasaan itu dengan menyerongkan badan pengorok. Tindakan inidapat mencegah agar lidah tidak jatuh dan menghalang jalan nafas.
Elakkan minum alkohol, pil-pil penenang atau antithistamin beberapa jam sebelumtidur, yang membuat otot-otot kerongkong santai sejenak, sehingga menghasilkandengkuran. Jika anda masih berdengkur setelah melakukan perubahan di atas,sebaiknya pergilah membuat pemeriksaan telinga, hidung dan tekak pada doktorTHT.
Semoga artikel Menghilangkan Kebiasaan Tidur Mendengkur di atas bermanfaat bagi para pembaca setia. Sila dibincangkan dibahagian ulasan jika anda salah satu orang yang mempunyai kebiasaan tidur berdengkur - Sumber asal Kreadit : Smartnewz.