Banyak orang menjalani diet pengurangan berat badan dengan aturannya sendiri, tanpa pengetahuan yang baik. Seperti sengaja tidak makan nasi, sehingga berakhir pada pola diet tidak seimbang.
Seperti dipetik dari Health Me Up, Nasi mungkin kaya zat pati yang kurang nutrisi. Namun, fakta menunjukkan bahawa nasi merupakan makanan penting untuk memaksimumkan penyerapan nutrisi dalam sistem metabolisme tubuh. Oleh itu, tetap penting meletakkan jumlah yang kecil nasi dalam menu harian.
Nasi tidak akan mencetuskan peningkatan timbunan lemak, jika anda mengambilnya dalam jumlah yang kecil. Pengambilan nasi juga tidak akan mencetuskan masalah jika memakannya dalam keadaan neutral, bukan nasi goreng atau nasi yang lain-lainnya.
Sebaiknya dianjurkan adalah mengganti nasi putih dengan nasi merah. Sejumlah kajian menunjukkan fakta bahawa mereka yang sudah biasa mengambil nasi merah cenderung lebih mudah menurunkan berat badan berbanding yang sudah biasa makan nasi putih
Mereka yang mempunyai kadar gula tinggi dalam darah juga dianjurkan untukmenukar nasi putih dengan nasi merah, atau bahkan mengelakkan pengambilannasi. Indeks glikemik nasi putih lebih tinggi berbanding nasi merah. Indeks glikemikmerupakan ukuran kelajuan makanan yang diserap menjadi gula darah.
Mereka yang mengelakkan makan nasi, sebagai sumber karbohidrat kompleks,mempunyai kecenderungan meningkatkan pengambilan protein. Keadaan ini bolehmenyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Jadi, sebaiknya jangan elakkankarbohidrat, melainkan hadkan secukupnya.
Jangan cuba menurunkan berat badan anda dengan pola diet salah dan menyiksa tubuh badan anda. Jika bosan menikmati nasi, boleh menggantikannya dengan makanan karbohidrat lain, seperti roti, pasta, kentang, atau jagung. Sumber asal :Vivanew.