Cara Bersahur Agar Badan Sentiasa Cergas Ketika Puasa

1. Bersahur sebaiknya mengambil karbohidrat kompleks.
Hal ini disebabkan karbohidrat kompleks akan lebih lambat dihadamkan atau dicerna menjadi gula darah, dengan demikian gula darah akan tetap stabil (tidak mengalami turun naik yang tinggi). Selain itu karbohidrat kompleks juga sangat membantu proses metabolik tenaga tubuh.

2. Mengambil buah-buahan dan sayur masa berahur.
Berpuasa bagi tubuh adalah salah satu program detoksifikasi. Pada keadaan ini usus besar akan direhatkan dan tubuh berkesempatan membuang hampas hasil metabolisme, seperti sisa-sisa makanan khususnya daging yang membusuk di usus besar akan dibersihkan. Salah satu alat pembersihan utamanya adalah serat tidak larut yang terdapat di dalam sayur-sayuran.
Sedangkan buah-buahan yang dimakan saat sahur berguna untuk membekalkan antioksidan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan sehari-hari, serta membantu detoksifikasi.

3. Mengurangkan penggunaan masakan bergoreng.
masakan bergoreng yang dimakan seseorang akan membuat sel darah merahnya menggumpal. Jika keadaan ini berlaku akan menyebabkan aliran oksigen menjadi berkurang hingga 20 peratus, akibatnya seseorang akan mengantuk pada waktu siang hari.
Kerana itu agar tetap bisa bekerja selama puasa dan tubuh tidak merasa lemas, maka tak ada salahnya untuk memperhatikan pengambilan makanan saat sahur.

4. Kurangkan yang manis-manis
Makanan manis akan membuat tubuh melepaskan insulin dengan cepat sehingga mencetuskan rasa cepat lapar. Fungsi insulin adalah memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber tenaga.
Makanan yang manis hanya bertahan 2 jam selepas dimakan. Padahal kita harus menahan puasa selama 14 jam jadi akan ada masa 12 jam keadaan tubuh akan letih.


5. Cukup minum air masak
Yang juga harus menjadi perhatian adalah cukup minum air masak agar keperluan cecair dalam tubuh tidak terganggu.

Sedangkan minum kopi ketika sahur sebaiknya dielakkan kerana kopi seperti juga soft drinks adalah diuretic yang bukannya memberikan air untuk tubuh tapi malah menghabiskannya. Ini kerana pemprosesan gula tahap tinggi memerlukan sejumlah besar air dalam tubuh.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

2 Comments

  1. setuju, kalau ambil makanan manis atau cafein boleh menyebabkan tekak cepat rasa kering

    ReplyDelete
Previous Post Next Post