Thursday, July 9, 2015

Cara Buat Sambal Hitam Pahang

Tetibe teringat pasal sambal hitam Pahang. So untuk melepaskan rindu padanya di bula pose ini. Saya nak buat entri pasal ini. Copy paste je  haha..

Sumber : http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2014/03/resepi-sambal-hitam.html

 BAHAN-BAHANNYA

10 biji belimbing buluh rebus
20 biji  cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
 kicap manis  secukup rasa
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak masak utk menumis


CARA MEMBUATNYA

Cuci belimbing buluh
Masukkan ke dalam periuk,
, JANGAN letak air.
Masak dengan api perlahan hingga belimbing
 mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu,
 tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair.
 Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum,
masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering.
 Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali
 hingga ia bertukar menjadi gelap.
Matikan api dan sejukkan.

UNTUK BAHAN SAMBAL :-

Tumbuk cili padi hingga lumat,
tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat,
 tapi jangan halus sangat.
Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi,


 UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :-

Panaskan  minyak dalam kuali,
 tumis bawang hiris hingga harum,
masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus
(cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus),
 kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing,
 masak dengan api sederhana.
 Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa,
 kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering

secukup rasa-masam,manis,masin,pedas
boleh dimakan dgn ulam2an atau apa saja

Sumber : http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2014/03/resepi-sambal-hitam.html

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...