Tuesday, December 27, 2016

Kenapa Antibiotik Perlu Dihabiskan?


Mungkin selama ni ramai yg mengabaikan antibiotik apabila sudah sembuh dari penyakit, jadi dgn membaca artikel ini, dapat la kita semua ubah pandangan...

Antibiotik adalah perkataan latin. "anti" bermakna berlawanan (against) dan "bios" bermaksud hidupan (life). Antibiotik adalah sejenis ubat yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia akan membunuh organisma yang mengjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk kepada tubuh itu sendiri.

Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh organisma, ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan boleh menyebabkan toksid.

Kenapa antibiotik perlu dihabiskan?


Antibiotik dan bakteria yang menjangkiti tubuh pesakit mempunyai perkaitan yang sedikit aneh. Bakteria mempunyai kapasiti untuk menjadi "kebal" (resistant) daripada antibiotik tersebut seandainya ia tidak dihapuskan sepenuhnya. Kesannya, antibiotik tersebut tidak akan berkesan lagi untuk jangkitan seterusnya.

Walapun simptom pesakit bertambah baik, ia tidak bermakna semua bacteria telah dihapuskan. Oleh itu, dos antibiotik yang diberi, perlu dihabiskan agar bakteria tersebut hapus sepenuh seterusnya mengelakkan fenomena resistance berlaku.

Adakah antibiotik membunuh virus?


Tidak. Antibiotik tidak membunuh virus. Mungkin akan lebih difahami dalam huraian soalan seterusnya. Jangkitan virus mempunyai beberapa persamaan dengan jangkitan bakteria. Pesakit akan mengalami demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Tetapi ada beberapa kriteria pembeza yang saya tidak berhasrat untuk menjelaskan di sini kerana mungkin tidak berapa sesuai dan boleh menyebabkan artikel terlalu panjang. 

Mungkin cukup sekiranya saya nyatakan, sekiranya doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan virus, doktor tidak akan memberi antibiotik. Ubat yang dipreskripsi akan lebih menjurus kepada rawatan simptom seperti ubat batuk, demam dan selsema. Jangkitan virus akan hilang dalam seminggu atau 2 minggu sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.

Bagaimana antibiotik bertindak?


Antibiotik akan bertindak pada peringkat sell (cellular level). Caratindak antibiotik boleh dibahagikan kepada beberapa cara. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut. Oleh sebab cara tindak yang begini, antibiotik tidak berkesan terhadap virus. Virus mempunyai struktur kejadian yang berbeza.

Antibiotik dan kanak-kanak?


Secara generalnya, antibiotik boleh diberikan kepada kanak-kanak sekiranya jangkitan bakteria berlaku kepada mereka. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan. 

Kesan sampingan antibiotik?


Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat.
Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku.
Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan.

Penutup


Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.

Penulis,
Naim Yaakob
PEMBINA DHL
Pelajar Perubatan PPUKM


Copy paste

Thursday, December 15, 2016

Cara Mendidik Anak Yang Lasak & Aktif


.
Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang, menjerit-jerit 24 jam.
.
Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Sampaikan bila makan kat luar, nasi berterbangan lalu melekat di dinding dan siling restoran. Dan juga di muka waitress. 😂
.
Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais, etc.
.
Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD. 😑
.
So hari ni, topik yang saya nak share ialah--
ANAK LASAK.
Atau ANAK SUPERMAN. 😂
.
Bagaimana mindset yang betul,
yang sepatutnya perlu ada pada ibu bapa yang ada anak lasak?
Dan apa yang kita boleh lakukan untuk menangani anak lasak, tanpa perlu stress hari-hari terutama bila nasi berterbangan di restoran? 😑
.
Sebelum saya nak bagi beberapa tips tentang isu ini,
saya nak semua ibu bapa tahu dulu beberapa fakta menarik tentang anak lasak.
Ye.. anak lasak ada fakta menarik ye tuan puan. 😁
.
Anak-anak yang lasak sebenarnya adalah--
.
1) Tergolong dalam kategori anak yang body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti dan dilabel sebagai hyperactive  / ADHD
.
2) Mempunyai energy yang sangat banyak dan badan yang kebal. Atau dalam erti kata lain, mereka mempunyai daya ketahanan badan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu. Itu semua biasa.
.
3) Malangnya, mereka mungkin kurang dari segi self-control, dan sering tantrums yang sukar dikawal.
.
4) Anak-anak lasak /energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-ulang untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan.
.
Okay, dah aware dan faham tentang 4 fakta ni,
baru kita cakap pasal macam mana nak handle anak-anak buaihh nih!
.
Berikut adalah beberapa tips macam mana nak menangani anak lasak secara stress-free, tanpa perlu membunuh high-energy atau sifat "super-active" mereka.
.
.
1) Aktiviti senaman / pergerakan setiap hari.
.
Aktiviti yang melibatkan pergerakan adalah amat penting bagi anak yang lasak. Ia membantu anak channel their excess energy dan release stress pada masa yang sama.
.
Tapi kalau anda bekerja dan tak banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, provide some space khas untuk "energetic indoor games" kat rumah!
.
Mungkin korang boleh lapangkan salah satu bilik, dan jadikan bilik tu untuk anak-anak melepaskan LASAK dan energy mereka.
Letakkan lah some pillows, some big balls/balloons, some big boxes, some chairs, a ladder, bouncing tool, etc.
.
Ada banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Silap haribulan, korang pun join sekaki. 😂 Biarkan anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, main maze, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok, dan macam-macam lagi dalam bilik tu.
.
Lagi best kalau korang pasang muzik masa diorang tengah main tu.
Let them dance and move away according to the music. Dan music sememangnya therapy bagus untuk active kids!
.
.
2) Beri tanggungjawab.
.
Bila anak-anak dah ready, anda boleh mula delegate tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu/mop lantai, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air, etc.
.
Anak-anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan, dan mereka sangat "hands-on" jika budaya ini diterapkan sejak awal.
.
Parents have to put some trusts on the children.
Mula-mula mesti banyak kesilapan yang mungkin anak buat dalam tugas yang diberi.
Rilekkk dan beri masa.
Sooner or later, he/she will become your big helper!
.
Plus, inilah cara terbaik untuk anda bantu anak lasak channel energy ke arah yang betul, membentuk self-confidence dan self-control dalam diri mereka.
.
.
3) Dedahkan anak dengan sukan/sport.
.
Tahukah anda kebanyakan atlet-atlet hebat di dunia, adalah pada masa kecilnya adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy?
In fact, some of them adalah hyperactive semasa kecil!
.
See how powerful sebenarnya anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan membunuh sifat energetic tersebut. Bimbing mereka dengan aktiviti-aktiviti yang betul.
.
Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Dato' Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti?
Siapa tahu kan?
Kang kita jugak yang akan bangga bila anak capai tahap macam tu kelak.
Amin aminn! 😌
.
.
4) Limit screen time.
.
Screen bukan bermaksud gajet sahaja,
tapi termasuk juga TV dan panggung wayang.
Dah banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan akan membentuk sifat violence / keganasan pada anak-anak.
WALAUPUN CERITA YANG DITONTON LANGSUNG TIADA UNSUR GANAS.
.
Haa! Ini pelik.
Tapi ia adalah research-based.
Anak yang menonton TV atau gajet berlebihan, didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.
.
Haa bayangkan jika anak-anak kita yang energetic/lasak ni bertindak ganas.
Lagi lah DOUBLE TROUBLE!
.
.
5) Allow them to get dirty sometimes.
.
Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjat pokok.
Remember i told you earlier, anak-anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.
.
So parents chill je.
Jangan paranoid risaukan anak jatuh/luka.
Because they actually can manage the pain!
Kalau nangis pun kejap je.
Lepas 2-3 saat buat lagi! 💪😎
.
.
6) Buat jadual rutin harian.
.
Anak-anak lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan tidak mampu untuk being flexible.
Kerana itu, mereka memerlukan JADUAL.
.
Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan masa untuk mereka calm down (tidur, makan, etc).
Dan sentiasa ingat untuk be firm & consistent with the rules dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual.
It's hard at the beginning, tapi lama-lama anak akan follow.
.
Dan pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual, adalah untuk aktiviti fizikal yang bantu mereka burn energy!
.
.
7) Cari tadika/sekolah yang memahami keperluan energy anak.
.
Slow talk dengan cikgu mereka, untuk benarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada gap between activities.
KERANA MEREKA PERLUKANNYA.
.
Untuk anak-anak yang lasak,
memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka!
.
.
8) One-on-one quality time sebelum tidur.
.
Kebiasaannya anak-anak akan lebih tenang slightly before bedtime. So ini masa yang sangat sesuai untuk anda alone time dan berbual sebentar dengan mereka.
.
Kajian menunjukkan anak-anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa, akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak-anak yang jarang dapat alone-time dengan ibu bapa.
.
So pastikan setiap malam, anda attend setiap anak anda secara peribadi, dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat privilege tersebut. 😊
.
.
9) Kurangkan gula dalam makanan dan minuman anak.
.
Kandungan gula yang banyak terutamanya dalam processed food, akan menyebabkan anak lebih energetic dan sukar dikawal.
We really are what we eat, kan?
.
Dan anak-anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk keep their body hydrated.
.
.
10) Provide anak dengan aktiviti setempat yang "hands-on".
.
"Hands-on" activities penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, etc.
.
Dan pastikan aktiviti tersebut BUKANLAH MENGGUNAKAN GAJET,
tapi aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan ransangan fine motor skills dan intellectual skills mereka.
.
Contohnya plastesin, lego, blocks, buku mewarna, simple science experiments, atau aktiviti men-doodle tshirt!
.
Adakah korang tahu yang saya ada keluarkan product LOOKISSLAH Doodle Tee yang sangat membantu anak-anak yang lasak untuk duduk diam dan fokus dalam tempoh yang lama?
.
Dah terbukti masa Lookisslah Tee Art Playgroup yang lepas,
anak-anak berjaya duduk diam dan fokus dengan activity Tshirt Colouring & Doodling untuk tempoh yang lama!
Dan yang paling best, anak-anak dapat skills lain seperti socializing, thoughts sharing, self-esteem dan sebagainya.
.
Untuk info lanjut tentang LOOKISSLAH ni, boleh check out page facebook.com/lookisslah , dan join playgroup yang mereka anjurkan.
Atau kalau malas nak join, boleh dapatkan kit DIY Lookisslah Doodle Tee, dan get creative dengan anak-anak kat rumah!
.
Ketika anak melakukan aktiviti setempat yang hands-on seperti ini, kita juga sebenarnya boleh terapkan academic skills seperti reading / counting / memorising.
Anak-anak yang lasak learn best this way!
.
.
Sekian 10 tips untuk hari ni tentang cara tangani anak-anak lasak!
.
Remember, your energetic children is not necessarily being bad,
they're just naturally energetic!
The trick is to channel that energy and get them to burn as much as possible in positive, productive ways. 😊
.
So, good luck parents!
And be ready,
because your energetic kids will make you proud someday, insyaAllah!
.
Sumber : fb

Monday, December 12, 2016

Peringatan disebalik banyak masjid runtuh gempa bumi Acheh 2016


ACEH - INDONESIA. Ada peringatan daripada yang Maha Esa di sebalik kejadian gempa bumi yang melanda Aceh kali ini apabila lebih banyak masjid runtuh.

Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Panitia Masjid Jami Nur Abdullah, Gampong Paruh Keudeu, Kabupaten Pidie Jaya, Sahrul Abdullah yang mengulas kejadian itu.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan gempa bumi besar disertai tsunami pada 2004, sedikit sahaja masjid yang runtuh, namun keadaan berlaku sebaliknya dalam bencana kali ini.

"Nasihat orang tua dahulu, perbanyakkan kegiatan beragama dan penuhilah masjid-masjid yang ada. Faktanya sekarang, masjid tidak banyak ada kegiatan dan tidak dipenuhi oleh jemaahnya," kata Sahrul seperti dipetik Antara News.

Mengulas lanjut, Shahrul berkata, tindakan membina terlalu banyak masjid dalam satu daerah juga mungkin salah satu faktor, kerana dianggap tidak mematuhi saranan ulama dan orang tua dahulu yang mensyaratkan pembinaan satu masjid sahaja dalam satu daerah.

"Tapi sekarang setiap daerah mempunyai sampai dua, tiga masjid," kata Sahrul.

Katanya, ulama dahulu juga mengajarkan supaya pembangunan sesebuah masjid juga harus hasil daripada muafakat jemaah masjid.

"Setelah memenuhi syarat daripada Ulama atau tokoh adat itu, barulah sebuah masjid boleh dibangun," katanya.

Oleh itu ujarnya;  "Ini adalah peringatan daripada ALLAH SWT kepada umatnya agar tidak sombong dan memenuhi kembali masjid-masjid yang ada.

Aceh sekali lagi dilanda gempa bumi berukuran 6.4 Skala Richter yang berlaku pada pagi Rabu 7 Disember lalu di daerah Pidiejaya, Aceh.

Kejadian menyebabkan lebih 100 mangsa maut dan beribu-ribu rakyat kehilangan tempat tinggal.

Sumber - Bernama

Wednesday, November 16, 2016

Contoh Ulasan Guru Kelas Dalam SAPS dan Buku Pelaporan

Waaa dah hujung tahun kerja banyak, apa ayat mudah untuk isi dalam SAPS?? Cikgu2 boleh rujuk ayat-ayat di bawah ini. Moga membantu hehehe:

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.

Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….

Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

KEHADIRAN

Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran

Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.

Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran .

Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha  bagi  mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan  Kesihatan.

Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas. 

=====================

Moga bermanfaat dan bantu cikgu-cikgu siapkan pelaporan peperiksaan dengan lebih mudah dan cepat... 

Tuesday, November 1, 2016

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Menulis nota ringkas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.


Mohon Maaf

Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpann

Jangan terlalu Banyak Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Ketawa terlalu banyak boleh jadi lupa.Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Nak mudah dan murah makan telur. Banyakkan minum air kosong, elakkan makan jajan atau cekedis.

Puasa dari TV dan smartphone

Hadkan menonton TV, penggunaan telefon masih belum sesuai untuk budak sekolah. Game dan hiburan boleh melalaikan. Hadkan penggunaan masa kepada 15-30 minit sehari.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Semasa Peperiksaan :

- Baca dengan teliti
- Semak jawapan, jangan nak cepat siap saja
- Jangan meniru dan mengganggu kawan dan kelas sebelah
- Patuhi peraturan peperiksaan

Monday, October 17, 2016

Jom Mula Dari Sekarang...Kawal Anak Dari Ketagih Main Gadget/Smartphone


Orang dewasa umur 40 tahun pun susah nak renggang dari gadget apalagi budak....

Dunia gadget semakin cepat berkembang!! Hari ni tido, bangun esok teknologi dah berubah dan bertambah maju, teknologi memang bagus tapi ada buruknya juga..

Moh kita tengok kesan dan cara nak kawal anak dari ketagih gadget/smartphone/ipad dan seangkatan dengannya ni...

Diambil dari pelbagai sumber : 
http://saatakukaupilih.blogspot.my/ 
http://aliabasirah.blogspot.my/

Ini antara kesan buruk penggunaan HP untuk kanak-kanak yang saya ambil dari internet :

1) Merenggangkan kanak-kanak daripada interaksi di alam realiti

Variasi aplikasi dan permainan dalam telefon pintar menyebabkan kanak-kanak menjadi ralit dan asyik dengan hiburan di ‘papan’telefon pintar. Secara tidak langsung, ini akan mengurung kebebasan mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di sekeliling mereka.

Permainan moden sangat berbeza dengan permainan tradisional seperti galah panjang, layang-layang dan sebagainya yang menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain. Penggunaan telefon pintar yang tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersifat individualistik dan tidak menghiraukan orang sekeliling

2) Melemahkan daya penglihatan mereka. 

Oleh itu tidak hairanlah jika kita melihat ramai di antara kanak-kanak pada hari ini mula berkaca mata sebelum memasuki fasa persekolahan lagi. 

Lebih parah lagi, jika mereka terdedah pada gajet ini pada tempoh yang lama, mereka cenderung untuk mengalami sakit kepala seterusnya menyumbang kepada penyakit migrain di usia yang muda.

3) I-pad boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak

Aplikasi telefon pintar pada hari ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengklik butang skrin sesuka hati untuk berpindah dari satu opsyen ke opsyen yang lain. Lama-kelamaan tabiat ini akan mempengaruhi minda anak-anak di mana mereka akan mudah menukar topik permikiran dengan cepat. Situasi ini akan menjejaskan daya penumpuan mereka sekaligus menyebabkan mereka sukar fokus terhadap sesuatu perkara. 

Tambahan pula, kemudahan internet yang senang diakses mampu menjerumuskan mereka ke laman sesawang yang negatif dan merosakkan minda seperti laman yang mengandungi elemen keganasan dan pornografi.

4) Memberi kesan kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak

Permainan atas talian dan aplikasi permainan yang diprogramkan di dalam telefon pintar menjadikan kanak-kanak ketagih dengan telefon pintar seterusnya menggalakkan mereka berdiam diri tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan otot-otot yang sentiasa memerlukan pergerakan untuk berkembang secara normal dan sihat. 

Jika ini tidak berlaku kanak-kanak mudah dilanda penyakit obesiti dan merencatkan perkembangan psikomotor yang bukan sahaja penting untuk otak malah untuk  kesihatan fizikal

5) Merencatkan minda untuk belajar

Golongan yang didedahkan telefon pintar pada awal usia akan cenderung untuk merasa cepat bosan untuk belajar jika mereka memasuki fasa persekolahan. Ini kerana pada telefon pintar, mereka didedahkan dengan ikon kartun yang menarik, bergerak, dan berwarna warni serta boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai. Keadaan ini amat berbeza dengan situasi di sekolah teutamanya jika mereka hanya menghadap papan hitam dan kapur untuk belajar. Tidak menarik langsung!!!Oleh sebab itu pentingnya untuk tidak mendedahkan ipad terlalu awal untuk kanak-kanak supaya mereka tidak mudah berasa bosan untuk belajar di sekolah.

Sebagai alternatif, perkara terbaik yang ibu-bapa harus berikan kepada mereka ialah buku. Di mana buku bukan sahaja menggalakkan perkembangan verbal (lisan) anak-anak, malah juga psikomotor mereka (contohnya semasa mereka membelek-belek buku). Pemberian buku juga melatih mereka untuk menguasai kemahiran membaca dengan cepat selain menyuburkan minat membaca di kalangan anak-anak. 

Di Amerika ibu-bapa akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk duduk bersama anak mereka bagi membaca buku. Jika kita di Malaysia masih tidak mempraktikkan amalan kepada anak-anak kita, demi Allah kita akan membantutkan pembinaan generasi yang cintakan ilmu. Fikir-fikirkanlah

.............
................







….
Ini anak saya, Naurah ketika umurnya nak dekat 1 tahun




Antara cara terbaik untuk kawal anak dari guna HP adalah : 

1) Jangan charge 100% full battery.


Cas sampai 15-20% sahaja supaya dapat limitkan penggunaan fon tu sendiri. Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak susah untuk lepaskan.



Cas tak sampai bateri full memang akan cepatkan jangka hayat bateri tu. Tapi pilihlah sayang anak atau sayang ipad atau fon tu.

2) Jangan ajar anak unlock atau key in passcode.


"Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games,  


JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI." 
Kenapa? Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ.

Tegak bulu roma kan? 


Pernah dengar somewhere, 
"Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa."

So in this case, we're talking about KUASA. Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa, itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA.

So bila anak mula ada kuasa untuk turn on, of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu. 

Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop. Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah, diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti. 

Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on, bila-bila dia mahu. Maksudnya? Rosaklah anak itu. Sedihkan? Ini bukan mendoakan. Ini fakta. Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone, inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri. Are you kidding meh? 

So again. 
Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi, pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan? 

Do it right, parents! 

3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa, 
BUKAN DIA.

Never say something like,
"Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap."
"Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main."

NO.


Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak. Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA. "Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka. So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa?


Ibu bapa akan hilang kuasa.



Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa. Yang dia tahu, ipad tu dia punya. Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu. So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih, baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang,

"Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!"

Halahh pedulik apa dia. -..- So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware, yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya PINJAM. So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.


Semudah itu je sebenarnya.

4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement.

Buat something good dulu, baru dapat ipad.

Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time.



"If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins."

"If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad."
"If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube." 

 Itu contoh.

But not allll positive reinforcement should be ipad la. Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha. 10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad. Baik bagi terus.

Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka. So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option. 

5) Try to divert their attention first, before offering the ipad.


Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi. Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain. Ajak main puzzle ke. Ajak main conteng-conteng ke. Ajak masak-masak ke. Ajak buat art and craft ke. 



Selagi boleh divert, divert. Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat. This is to minimize the addiction. Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten, lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad. Kalau parents KONSISTEN lah tapi.

This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa. Of course parents kena kental. Ipad addiction is clearly has more harm than good. So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama.

Kan?



So buatlah apa saje, to minimize the addiction. Slowly. But surely.

6) TEAMWORK is important.

Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama. Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh, it won't work. Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa? Kan? So you BOTH have to have the same ground rules. Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat.


Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time, dua-dua kena setuju dengan rule itu. Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak,

"Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam."

"Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial."



So dalam bab anak, parents always have to be sepakat dan sehaluan. Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak. Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan. Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan. Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan?

7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad. 


Never let him use or watch the ipad alone. Always join him. Berbual la apa saje. Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan. Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan. Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu.


8) Bak kata orang tua-tua, "kepimpinan melalui teladan".



Rasulullah pun pernah pesan,

"Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik."

So we parents, baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak. Tunjuk mereka contoh yang baik. Termasuk la bab ketagihan gajet ni. Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap. 

So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak?
Tepuk dada. Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu. Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu.
Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid, tengok cermin dan tanya pada diri, 
"Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?" 

Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya. Monkey see, monkey do. 
Kan?


Diambil dari pelbagai sumber : 
http://saatakukaupilih.blogspot.my/

http://aliabasirah.blogspot.my/


Berjalan keluar adalah aktiviti yang sihat untuk anak 


Bermain dan memberi makan kucing pun bagus gak untuk jadikan anak seorang penyayang.





Membaca buku, berjalan-jalan dan bermain kat taman pun lebih baik dari main henfon je ye tak.



Ini bukan nangis sebab nk main hp tapi nangis nk mandi laut heheh


Ok sekian saja perkongsian untuk hari ni. Bukan tulisan saya 100% pun tapi ilmu ni sangat berharga untuk dikongsi dan bermanfaat untuk parents sekalian. Saya kumpulkan. 

Tak perlu minta izin untuk share atau copy, ambil saja moga bermanfaat InsyaAllah. 

Assalamualaikum.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...