Orang dewasa umur 40 tahun pun susah nak renggang dari gadget apalagi budak....
Dunia gadget semakin cepat berkembang!! Hari ni tido, bangun esok teknologi dah berubah dan bertambah maju, teknologi memang bagus tapi ada buruknya juga..
Moh kita tengok kesan dan cara nak kawal anak dari ketagih gadget/smartphone/ipad dan seangkatan dengannya ni...
Diambil dari pelbagai sumber :
http://saatakukaupilih.blogspot.my/
http://aliabasirah.blogspot.my/
Ini antara kesan buruk penggunaan HP untuk kanak-kanak yang saya ambil dari internet :
1) Merenggangkan kanak-kanak daripada interaksi di alam realiti
Variasi aplikasi dan permainan dalam telefon pintar menyebabkan kanak-kanak menjadi ralit dan asyik dengan hiburan di ‘papan’telefon pintar. Secara tidak langsung, ini akan mengurung kebebasan mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di sekeliling mereka.
Permainan moden sangat berbeza dengan permainan tradisional seperti galah panjang, layang-layang dan sebagainya yang menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain. Penggunaan telefon pintar yang tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersifat individualistik dan tidak menghiraukan orang sekeliling
Permainan moden sangat berbeza dengan permainan tradisional seperti galah panjang, layang-layang dan sebagainya yang menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain. Penggunaan telefon pintar yang tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersifat individualistik dan tidak menghiraukan orang sekeliling
2) Melemahkan daya penglihatan mereka.
Oleh itu tidak hairanlah jika kita melihat ramai di antara kanak-kanak pada hari ini mula berkaca mata sebelum memasuki fasa persekolahan lagi.
Lebih parah lagi, jika mereka terdedah pada gajet ini pada tempoh yang lama, mereka cenderung untuk mengalami sakit kepala seterusnya menyumbang kepada penyakit migrain di usia yang muda.
Lebih parah lagi, jika mereka terdedah pada gajet ini pada tempoh yang lama, mereka cenderung untuk mengalami sakit kepala seterusnya menyumbang kepada penyakit migrain di usia yang muda.
3) I-pad boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak
Aplikasi telefon pintar pada hari ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengklik butang skrin sesuka hati untuk berpindah dari satu opsyen ke opsyen yang lain. Lama-kelamaan tabiat ini akan mempengaruhi minda anak-anak di mana mereka akan mudah menukar topik permikiran dengan cepat. Situasi ini akan menjejaskan daya penumpuan mereka sekaligus menyebabkan mereka sukar fokus terhadap sesuatu perkara.
Tambahan pula, kemudahan internet yang senang diakses mampu menjerumuskan mereka ke laman sesawang yang negatif dan merosakkan minda seperti laman yang mengandungi elemen keganasan dan pornografi.
Tambahan pula, kemudahan internet yang senang diakses mampu menjerumuskan mereka ke laman sesawang yang negatif dan merosakkan minda seperti laman yang mengandungi elemen keganasan dan pornografi.
4) Memberi kesan kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak
Permainan atas talian dan aplikasi permainan yang diprogramkan di dalam telefon pintar menjadikan kanak-kanak ketagih dengan telefon pintar seterusnya menggalakkan mereka berdiam diri tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan otot-otot yang sentiasa memerlukan pergerakan untuk berkembang secara normal dan sihat.
Jika ini tidak berlaku kanak-kanak mudah dilanda penyakit obesiti dan merencatkan perkembangan psikomotor yang bukan sahaja penting untuk otak malah untuk kesihatan fizikal
Jika ini tidak berlaku kanak-kanak mudah dilanda penyakit obesiti dan merencatkan perkembangan psikomotor yang bukan sahaja penting untuk otak malah untuk kesihatan fizikal
5) Merencatkan minda untuk belajar
Golongan yang didedahkan telefon pintar pada awal usia akan cenderung untuk merasa cepat bosan untuk belajar jika mereka memasuki fasa persekolahan. Ini kerana pada telefon pintar, mereka didedahkan dengan ikon kartun yang menarik, bergerak, dan berwarna warni serta boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai. Keadaan ini amat berbeza dengan situasi di sekolah teutamanya jika mereka hanya menghadap papan hitam dan kapur untuk belajar. Tidak menarik langsung!!!Oleh sebab itu pentingnya untuk tidak mendedahkan ipad terlalu awal untuk kanak-kanak supaya mereka tidak mudah berasa bosan untuk belajar di sekolah.
Sebagai alternatif, perkara terbaik yang ibu-bapa harus berikan kepada mereka ialah buku. Di mana buku bukan sahaja menggalakkan perkembangan verbal (lisan) anak-anak, malah juga psikomotor mereka (contohnya semasa mereka membelek-belek buku). Pemberian buku juga melatih mereka untuk menguasai kemahiran membaca dengan cepat selain menyuburkan minat membaca di kalangan anak-anak.
Di Amerika ibu-bapa akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk duduk bersama anak mereka bagi membaca buku. Jika kita di Malaysia masih tidak mempraktikkan amalan kepada anak-anak kita, demi Allah kita akan membantutkan pembinaan generasi yang cintakan ilmu. Fikir-fikirkanlah
.............
................
Di Amerika ibu-bapa akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk duduk bersama anak mereka bagi membaca buku. Jika kita di Malaysia masih tidak mempraktikkan amalan kepada anak-anak kita, demi Allah kita akan membantutkan pembinaan generasi yang cintakan ilmu. Fikir-fikirkanlah
.............
................
Ini anak saya, Naurah ketika umurnya nak dekat 1 tahun
Antara cara terbaik untuk kawal anak dari guna HP adalah :
1) Jangan charge 100% full battery.
Cas sampai 15-20% sahaja supaya dapat limitkan penggunaan fon tu sendiri. Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak susah untuk lepaskan.
Cas tak sampai bateri full memang akan cepatkan jangka hayat bateri tu. Tapi pilihlah sayang anak atau sayang ipad atau fon tu.
2) Jangan ajar anak unlock atau key in passcode.
"Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games,
Kenapa? Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ.
JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI."
Tegak bulu roma kan?
Pernah dengar somewhere,
"Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa."
So in this case, we're talking about KUASA. Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa, itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA.
So bila anak mula ada kuasa untuk turn on, of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu.
Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop. Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah, diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti.
Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on, bila-bila dia mahu. Maksudnya? Rosaklah anak itu. Sedihkan? Ini bukan mendoakan. Ini fakta. Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone, inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri. Are you kidding meh?
So again.
Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi, pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan?
Do it right, parents!
3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa,
BUKAN DIA.
Never say something like,
"Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap."
"Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main."
NO.
Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak. Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA. "Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka. So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa?
Ibu bapa akan hilang kuasa.
Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa. Yang dia tahu, ipad tu dia punya. Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu. So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih, baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang,
"Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!"
Halahh pedulik apa dia. -..- So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware, yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya PINJAM. So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.
Semudah itu je sebenarnya.
4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement.
Buat something good dulu, baru dapat ipad.
Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time.
"If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins."
"If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad."
"If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube."
Itu contoh.
But not allll positive reinforcement should be ipad la. Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha. 10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad. Baik bagi terus.
Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka. So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option.
5) Try to divert their attention first, before offering the ipad.
Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi. Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain. Ajak main puzzle ke. Ajak main conteng-conteng ke. Ajak masak-masak ke. Ajak buat art and craft ke.
Selagi boleh divert, divert. Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat. This is to minimize the addiction. Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten, lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad. Kalau parents KONSISTEN lah tapi.
This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa. Of course parents kena kental. Ipad addiction is clearly has more harm than good. So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama.
Kan?
So buatlah apa saje, to minimize the addiction. Slowly. But surely.
6) TEAMWORK is important.
Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama. Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh, it won't work. Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa? Kan? So you BOTH have to have the same ground rules. Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat.
Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time, dua-dua kena setuju dengan rule itu. Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak,
"Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam."
"Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial."
So dalam bab anak, parents always have to be sepakat dan sehaluan. Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak. Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan. Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan. Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan?
7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad.
Never let him use or watch the ipad alone. Always join him. Berbual la apa saje. Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan. Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan. Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu.
8) Bak kata orang tua-tua, "kepimpinan melalui teladan".
Rasulullah pun pernah pesan,
"Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik."
So we parents, baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak. Tunjuk mereka contoh yang baik. Termasuk la bab ketagihan gajet ni. Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap.
So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak?
Tepuk dada. Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu. Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu.
Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid, tengok cermin dan tanya pada diri,
"Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?"
Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya. Monkey see, monkey do.
Membaca buku, berjalan-jalan dan bermain kat taman pun lebih baik dari main henfon je ye tak.
Ini bukan nangis sebab nk main hp tapi nangis nk mandi laut heheh
Ok sekian saja perkongsian untuk hari ni. Bukan tulisan saya 100% pun tapi ilmu ni sangat berharga untuk dikongsi dan bermanfaat untuk parents sekalian. Saya kumpulkan.
Tak perlu minta izin untuk share atau copy, ambil saja moga bermanfaat InsyaAllah.
Assalamualaikum.