I'tikaf 10 Malam Terakhir Ramadhan

I'tikaf Di Sepuluh Malam Terakhir Bulan Ramadhan merupakan di antara ibadah  yang sangat dititikberatkan dan dianjurkan untuk dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w  sendiri sentiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari dan tidak pernah meninggalkannya semenjak berhijrah ke Madinah hingga ke akhir hayatnya.


Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:

  كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari ]

Amalan i‘tikaf  kemudiannya di sambung oleh isteri-isterinya ummahatul mukminin .
Dari ‘Aishah r.a. katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. i’tikaf pada tiap tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)

Diantara kepentingan melakukan  i’tikaf  ialah untuk
  1. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. mencari malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang Muslim iaitu Lailatul Qadar.
  3. memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan ibadah seperti solat , doa , zikrullah dan membaca dan mentadabbur Al Quran tanpa gangguan dari kehidupan seharian yang melalaikan.
  4. dapat mengawal nafsu dari perkara-perkara yang akan mencacatkan puasa kerana I’tikaf itu dilakukan di dalam masjid yang suasananya terkawal.

Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ
 
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda" [HR. al-Bukhari].


Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post