CRISTIANO Ronaldo membuatkan Manchester United dan Manchester City tidak senang duduk selepas pemain itu dikatakan mahu meninggalkan Real Madrid.
Sumber dari Sepanyol berkata: “Ya, Cristiano memberitahu kepada Presiden Real, Florentino Perez bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu”.
Kelmarin, Ronaldo menjaringkan gol peribadi ke-150 dalam saingan La Liga selepas meledak dua gol ketika membantu Real mengatasi Granada 3-0.
Namun, Ronaldo enggan meraikan jaringannya kerana mendakwa dia sedih dan kurang gembira dengan situasinya di Santiago Bernabeu.
Perkembangan terbaru itu menyaksikan United dan City terus memantau situasi semasa pemain antarabangsa Portugal itu.