Sunday, November 12, 2017

Asal Usul Lagu Tak Tun Tuang

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai lagu Tak Tun Tuang” yang begitu menarik peratihan netizen, sehinggakan orang ramai membuat cover tersendiri. Begitu juga dikalangan artis, ada sesetengah artis buat cover lagu tak tun tuang dan juga membuat cover tak tun tuang dalam bentuk parodi.
“Tak Tun Tuang” sebenarnya adalah lagu Minang yang dinyanyikan oleh Isil  atau lebih dikenali sebagai Upiak Isil dari Indonesia. Lagu ini sekarang menjadi viral di Malaysia dan juga Indonesia kerana dengan ke unikan dan juga adegan yang lucu dalam video lagu. Selain itu lirik lagu “Tak Tun Tuang” juga memiliki cerita tentang kisah yang saat ini banyak kita temukan ditengah-tengah masyarakat.
Penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang – Upiak Isil

Bermula dengan cerita dari lagu “Tak Tun Tuang” ini, adalah seseorang yang percaya dengan dirinya dan selalu memuji dirinya sendiri tak peduli apa kata orang terhadap dirinya. Ia berfikir yang peting dirinya tidak mengusik orang lain. Lagu ini juga dikatakan pernah terkenal sekitar tahun 1997 dahulu.

Video Lagu Tak Tun Tuang dari penyanyi asal…



Sunday, June 4, 2017

Kenapa Tidak Boleh Marah Anak Kecil & Apa Kaitannya Dengan Anak Menjadi Tuan di Akhir Zaman?

Mereka sungguh suci! Kenapa kita tak boleh marah anak kecil & kaitannya dengan anak yang menjadi tuan di akhir zaman.

Satu soalan telah diajukan; degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum?
__________________________________________________________

Pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada AKHIR ZAMAN, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar MENGASIHI ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya ya, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.
C n P sahaja dan Kredit: Prof Dr Rozieta Shaary

Monday, May 8, 2017

Bagaimana Aaron Kwok Yang Kini Berusia 52 Tahun Kelihatan Seperti 30an



Aaron Kwok

Warna rambut: Hitam
Mata Warna: Coklat
Tinggi : 173cm (eh sama tinggi sayalah)
Berat : 64 kg (berat saya sikit lagi)
Seorang lelaki yang menakjubkan, Aaron Kwok, mempunyai matlamat utama dalam hidupnya - untuk melatih badannya menjadi sempurna. Menurut beliau sendiri, beliau berlatih sejak 20 tahun lalu, dan sejak masa itu dia tidak pernah terlepas 1 hari tanpa latihan. Dia sangat bercita-cita tinggi dan mempunyai harapan yang tinggi untuk dirinya sendiri. Latihan adalah misi utama beliau.



Sebagai penghibur, Aaron telah mempersembahkan bentuk  badan yang terbaik untuk penonton. Untuk tujuan ini Aaron pergi ke gimnasium yang sama sejak 12 tahun lepas. Penmpilannya menjadikan wangnya.
Aaron mempunyai pelbagai tabiat yang membuat tubuhnya kelihatan hebat. Hal pertama yang perlu disebut bahawa bintang ini terjaga pada 4:00 pagi  dan berjoging. Beliau mengikuti jadualnya walaupun dia terlibat penggambaran ketika dalam filem. 



Dietnya adalah sangat ketat: sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Satu perkara, minum banyak air. Dua perkara yang dibuat supaya rupa badannya seperti seperti dulu hingga kini - latihan menyeluruh dan diet yang ketat dalam tempoh 20 tahun.
Dalam satu temu bual, Aaron Kwok berkata bahawa untuk mengekalkan bentuk badan, dia menjadi seorang yg suka menderita. Dia melatih setiap hari, tanpa apa-apa cuti. 
Selain itu, Aaron mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, jadi dia mampu pulih lebih cepat dari kecederaan. Ini meningkatkan lagi motivasi beliau dalam latihan. 

Beliau kini sebaya dengan nenek dan atuk pada masa kini, tapi dengan penampilan dari latihannya beliau kelihatan masih di usia 30an.
Untuk menjaga tubuhnya di atas, Aaron memutuskan untuk mengikuti sistem ketat berjoging, aerobik, diet, dan rehat yang mencukupi. Orang ini adalah contoh sebenar yang gilakan kerja yang meletakkan keluarganya dibelakang. Adakah ia benar-benar berbaloi? Siapa tahu.....


Kini, di usia 52 tahun barulah beliau menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model dari China, Moka Fong yang berusia 29 tahun. Wow lama betul simpan keterunaan dah 50 lebih baru kawin! Punyalah nak jaga penampilan mungkin?

P/S : Boleh dijadikan contoh motivasi buat mereka yang ingin sentiasa kelihatan menarik dan sihat. Age is just a number. Beliau juga seorang yang sentiasa happy dan pernah berkata ; "sekiranya kita sentiasa gembira, kita akan menjadi sihat, bila kita kita sihat kita akan rasa muda dan menjadi muda."

Friday, May 5, 2017

Salam Bulan Syaaban 2017

Belasan hari lagi menjelang Ramadhan 2017. Alhamdulillah.

Thursday, May 4, 2017

Selamat Tinggal Undertaker! Rest in Peace.....

Berehatlah dengan aman, Undertaker


Dengan simbolik menanggalkan sarung tangan, jubah dan topinya lantas meninggalkan semua itu di tengah gelanggang, bintang legenda Undertaker memberi isyarat yang beliau akan bersara sepenuhnya daripada gusti profesional selepas ini.

Itulah yang dapat disaksikan lebih 75,000 orang penonton di Stadium Citrus Bowl, Florida dan jutaan lagi di seluruh dunia pasca perlawanan utama acara WrestleMania yang berlangsung pagi semalam.

Undertaker telah dipertemukan dengan jaguh tambatan WWE waktu ini iaitu Roman Reigns di perlawanan kemuncak WrestleMania. Dengan fizikal The Phenom yang agak kurang cergas berbanding dulu atas faktor usia, Roman dilihat mempunyai pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut untuk menumbangkan bintang legenda berusia 52 tahun itu.

Namun, menewaskan Undertaker bukanlah satu tugas mudah. Tambahan pula perlawanan ini dijalankan dengan format tanpa pembatalan DQ serta kiraan keluar, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walaupun jelas dilihat pergerakan Undertaker yang tidak selincah dulu, namun Taker masih mampu menghasilkan serangan padu dan menahan asakan tanpa henti daripada Roman.

Jelas yang Undertaker kini dimamah usia apabila cubaan beliau untuk melakukan gerakan-gerakan lazimnya seperti bantingan peledak Last Ride tidak berhasil secantik seperti sebelum ini. Perlawanan turut melarat ke luar gelanggang sehingga pada satu ketika, Undertaker lelah menerima rempuhan bahu daripada Roman sehingga terlantar di lantai untuk beberapa minit.
Undertaker menerima rempuhan bahu daripada Roman Reigns

Kerusi besi turut digunakan sebagai senjata. Namun ia menjadi senjata makan tuan buat Undertaker apabila Roman dapat mencapai objek tersebut dan menghentaknya di belakang Undertaker beberapa kali. The Big Dog mengambil peluang ini dengan melancarkan beberapa tumbukan layang Superman disusuli lebih 3 rempuhan bahu kepada Taker.

The Deadman nyaris berjaya mengekalkan rekod cemerlangnya di Wrestlemania apabila berjaya mengenakan gerakan Pacak Nisan kepada Roman. Walau demikian, ia belum cukup untuk menggugah kekuatan Roman dan dengan selambanya, bekas Juara Heavyweight WWE itu menghentikan tiga kiraan pengadil.

Undertaker menghadiahi Roman Reigns gerakan Pacak Nesan

Seperti dijangka, Taker yang semakin lelah terus menerima serangan bertubi-tubi dan akhirnya, beliau tidak mampu lagi menahan asakan setelah menerima satu lagi rempuhan bahu dan tewas di tangan Roman, sekaligus menjadikan Roman individu kedua selepas Brock Lesnar berjaya mengalahkan lagenda ini di pentas WrestleMania.

Roman turut dilihat seakan serba salah selepas mengalahkan Taker. Namun adat perlawanan yang sudah tentu ada yang menang dan yang kalah. Secara tidak langsung, ia menandakan wilayah penguasaan Undertaker yang telah dibina sejak tahun 1990, berakhir kini.

The Big Dog meraikan kejayaannya

Dengan Undertaker yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini hanya membuat kemunculan yang boleh dikira dengan jari sahaja sepanjang tahun, tidaklah pelik untuk beliau mengucapkan selamat tinggal kerana kudratnya semakin menurun dan tidak mampu lagi menahan azab fizikal dalam setiap perlawanan.

Walau apapun, legasi The Phenom akan terus dikenang oleh seluruh peminat gusti untuk selamanya. Sebagai penggusti yang dianggap ‘abang long’ oleh para penggusti lain di belakang tabir sejak era 90-an, persaraan Taker pasti dirasai semua dan tidak mampu diganti oleh sesiapa.

Berakhirnya sebuah era...



Sumber :http://www.stadiumastro.com/sukan/wwe/artikel/berehatlah-dengan-aman-undertaker/34584

Ihsan gambar: WWE.com

Thursday, March 30, 2017

Jom, Follow FB Saya

Assalamualaikum, lama tak pos di blog, buka FB je apa kata pembaca follow FB sy juga, saya bukanlah selebriti pon tapi cuma nk berodong je (berkawan kata orang pahang) hehehe. Tekan saja butang di bawah ini..

Stay update and keep in touch ya! Smile always semua, Hogoh Pahang Hogoh, Malaysiaku gemilang. Terima kasih semua...

Wednesday, March 29, 2017

Salam Bulan Rejab 2017

Road to Ramadhan 2017, Salam bulan Rejab, 2 bulan lagi Ramadhan. Alhamdulillah...

Image result for bulan rejab

Tuesday, February 21, 2017

Perubahan Bentuk Badan Saya Dari Kanak-Kanak ke Dewasa

Assalamualaikum lama tak menulis. Nak kongsi gambar-gambar apabila saya penat jadi gemuk, penat jadi kurus, penat jadi sado hahaha..

Ianya susah tapi tidak mustahil yang penting konsisten, memang betul nak dapatkan bentuk badan yang ideal adalah 70% diet dan 30% workout. Consistent is the key for everything. Workout sahaja tanpa diet takkan jadi.

Antara cara saya :

- joging hari minggu
- workout bodyweight 4-5 kali seminggu dselangi dengan angkat dumbbel
- makan sayur, telur or ayam sejam sebelum workout
- ambil epal hijau lepas workout (penting)
- nasi jgn tinggal, ambil sikit je
- lepas jam 7 jangan makan, nk makan kacang2 je boleh
- make sure makan tu 5-6 kali sehari dlm jumlah yang sikit
- konsisten
- jangan diet atkins
- jangan ambil apa-apa pil diet atau supplemen!


Bila mereka kata ia mustahil, tak...ia cuma mustahil bagi mereka tapi tidak bagi kamu.

P/s : Nak kongsi boleh ajer.jangan tular sudah la..tapi apa salahnya jd famous sekejapkan hahaha.

Sunday, January 15, 2017

Cara Mudah Supaya Anak Mudah Dengar Cakap

5 Cara Betul Bercakap Dengan Si Kecil Supaya Lebih Dengar Cakap

#HASNITAPaMa.

Bercakap dengan anak kecil bukan boleh sebarangan. Mereka bukan macam orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar iaitu boleh mendengar cakap dan arahan dengan sekali lalu.

Anda sebagai ibu bapa perlu ada skil yang betul untuk bercakap dengan anak supaya mereka faham dengan apa yang hendak disampaikan.

1. Rendahkan badan

Cara terbaik untuk bercakap dengan anak kecil ialah merendahkan badan kita sama tinggi dengannya. Kalau anda tidak membongkokkan badan ketika bercakap dengan si kecil agak sukar mesej hendak sampai kepada mereka. Secara psikologi apabila badan kita sama paras dengan orang yang diajak bercakap maka mudahlah untuk memberi fokus dan perhatian.

2. Fokus pada mata anak

Pandang mata anak anda apabila bercakap dengannya. Dengan cara ini segala fokus dan perhatian dapat diterima daripadanya. Apa yang anda cakap juga akan terus masuk dalam minda anak. Janganlah anda di dapur dan anak di ruang tamu, tetapi anda terjerit-jerit memberi nasihat. Memang alamatnya masuk teling kanak keluar telinga kirilah. Apatah lagi kalau masa itu anak tengok khusyuk tengok tv.

3. Beri perhatian 100% bila anak bercakap

Kita sendiri tak suka kalau sedang bercakap orang tak bagi perhatian. Sama juga dengan si kecil. Walaupun mereka masih lagi bercakap dalam bahasa yang pelat, jangan sekali-kali buat tak tahu atau tak beri perhatian apabila dia cuba bercakap dengan anda. Walaupun mungkin anda kurang faham bahasanya, cuba untuk memberi perhatian dan respon sebagai galakan kepadanya untuk bercakap dan memberikan pendapat.

4. Jangan tergesa-gesa bila bercakap

Anak kecil bukannya orang dewasa yang sudah matang dan boleh faham apa yang disampaikan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada bercakap secara tergesa-gesa dengan si kecil. Mereka mungkin akan kurang faham apa yang ingin disampaikan. Apabila mesej tidak sampai sudah tentulah tiada tindak balas yang akan diberikan.

5. Ajar adab giliran bercakap

Adab ketika bercakap terutama dengan orang yang lebih tua perlu diajar kepada si kecil. Mereka perlu tahu tentang giliran bercakap dengan orang dewasa. Jangan nanti dikatakan kurang ajar sebab menyampuk perbualan orang dewasa.

Banyak perkara yang perlu kita pelajari tentang pendidikan anak-anak apabila bergelar ibu bapa termasuklah cara bercakap dengan mereka. Nampak mudah tetapi sebenarnya ia pembelajaran asas yang mempengaruhi perilaku anak anda juga.

Thursday, January 12, 2017

Kelebihan Derma Darah

Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit kronik, yang perlukan sumbangan darah dari orang lain. Ada segelintir yang mencubanya hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.
Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini. Cuba lihat.
Sesuatu yang PER-CU-MA
Teruja bila nampak perkataan percuma? Haa, sebenarnya, seseorang itu hanya boleh menderma kalau dia sihat secara keseluruhannya. Jadi, sebelum proses menderma, akan ada satu siri pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.
Dengan pemeriksaan tersebut, kita boleh tahu kalua-kalau ada yang tak normal dalam tekanan darah atau kolestrol kita. Ataupun, ada sebarang penyakit yang kita tak tahu lagi, kemungkinan penyakit itu masih diperingkat awal. Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia sangat ‘prihatin’ dengan kesihatan sendiri; bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Sebelum ia bertambah teruk lagi, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui dan merawatnya dengan segera, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain boleh dielakkan.
ima Kelebihan Menderma Darah
Selepas itu, darah yang diderma tadi ditapis untuk kenalpasti kalau ada sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan berjadual sangat bermanfaat kepada penderma; membantu kita untuk menyemak perkembangan kesihatan kita, terutama sekali jika penderma kerap menderma darah.
Tingkat tahap kesihatan
Sebenarnya, sesiapa yang kerap menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang tadi dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara umumnya.
Buang yang kotor, ambil yang jernih
Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.
Membakar kalori
Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.
Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?
Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.
Mengurangkan risiko kanser
Ramai sebenarnya tak tahu, menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, kanser perut dan kanser tekak. Siapa yang tak mahu mengurangkan risiko kanser?
ima Kelebihan Menderma Darah
Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin, lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman-teman dan kaum keluarga untuk sama-sama menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperolehi manfaat kesihatan.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...